Kawan-kawan sila komen artikel ini ...
Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa: Penguasaan Guru Dan Kekangan Dalam Pelaksanaan.
http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf
Sinopsis artikel :
Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Kursus yang berkaitan dengan keperluan pendidikan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberi perhatian.
Pengajaran BM tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi. Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan bahasa yang dianggap mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh menganggu keberkesanan pengajaran.
Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas seperti lisan, membaca dan menulis, tetapi terdapat juga pelajar yang tidak dapat membaca teks yang dibaca dengan sempurna. Disamping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif pengajaran BM tercapai.
Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran BM dilihat sebagai usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai bantu alat mengajar yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai satu usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran BM. Guru BM sebagai pengendali pengajaran mempunyai ketrampilan dalam mengendalikan penguasaan bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar.
0 comments:
Post a Comment